TARIKH PENYERTAAN : 15 - 30 MEI 2026
PERATURAN PERTANDINGAN
Pertandingan ini TERHAD kepada :
Kategori B : Warga Kerja Penguatkuasaan Farmasi
Penyertaan adalah secara individu atau berkumpulan.
Penyertaan adalah percuma.
Setiap peserta boleh menghantar lebih dari satu (1) video, tetapi hanya layak memenangi satu (1) hadiah sahaja.
Video yang dihasilkan adalah antara 3-5 minit, resolusi minimum 1080p.
Video dalam bahasa selain Bahasa Melayu mestilah disertakan dengan sarikata yang tepat.
Penyertaan bagi video yang melebihi/kurang dari durasi yang ditetapkan akan dibatalkan secara automatik.
Sekiranya menggunakan AI, kandungan AI tidak boleh melebihi 50% durasi video. Cth : Video 2 minit, kandungan AI maksimum adalah 1 minit.
Video yang dihasilkan perlu memfokuskan kepada aktiviti/proses Kerja Penguatkuasaan Farmasi dan juga perlu mengandungi sekurang-kurangnya SATU (1) elemen di bawah:
Kempen Tolak Ubat Tidak Sah (TOBaTS)
Hologram Farmatag™ Baru (Versi 2.0 atau 2.1)
Fungsi Farmachecker dalam aplikasi MyUBAT
Kriteria Nilai Tambah (Value-Added):
Penglibatan pengurusan tertinggi (Cth : Pengarah/Timbalan/Ketua Cawangan).
Penglibatan influencer atau selebriti tempatan (bukan AI).
Elemen/identiti kebudayaan atau lokasi unik negeri/daerah (Cth : Kelantan : Dikir Barat/Pasar Siti Khadijah, Sabah : Tarian Sumazau/Gunung Kinabalu)
Penggunaan dialek tempatan.
Penggunaan trend atau isu semasa.
Video yang dihasilkan mestilah karya asli peserta dan tidak pernah disiarkan dimana-mana platform.
Setiap video hanya sah untuk satu (1) penyertaan sahaja. Penggunaan video yang sama oleh individu atau pihak yang berbeza adalah dilarang sama sekali dan akan mengakibatkan penyertaan terbatal secara automatik.
Video yang dihasilkan tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif berkaitan 3R (race,religion,royalty), politik, keganasan dan sebagainya.
Kandungan video yang dihasilkan mestilah bebas daripada sebarang unsur promosi langsung atau elemen pengiklanan bagi produk sedia ada di pasaran.
Peserta juga diingatkan untuk membawa mesej positif dan menjaga tata kelakuan dalam video yang dihasilkan dan menjaga nama baik institusi masing-masing.
Semua video yang dipertandingkan akan menjadi hak milik Penganjur. Peserta tidak memiliki sebarang hak atau tuntutan terhadap video yang telah dikemukakan kepada penganjur.
Dengan menyertai pertandingan ini, peserta dianggap bersetuju untuk memberikan hak cipta video kepada Penganjur serta membenarkan Penganjur untuk mengubahsuai, menggunakan semula, menyiarkan atau menerbit video dalam apa jua bentuk media atau medium sama ada dalam atau luar negara bagi tujuan penerbitan, pemasaran, promosi, komersial dan sebagainya, tanpa sebarang notis atau pembayaran/royalti kepada peserta.
Dengan menyertai pertandingan ini juga, peserta dianggap secara automatik mengakui dan membuat representasi bahawa setiap elemen dalam penghasilan video tersebut tidak melanggar hak cipta (misalnya menggunakan muzik, video, atau gambar tanpa izin) mana-mana pihak ketiga dan/ atau undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia. Penganjur tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan sekiranya peserta didapati melakukan kesalahan plagiat atau melanggar hak cipta mana-mana pihak ketiga/ undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia.
Penganjur mempunyai kuasa mutlak dan berhak untuk meminda mana-mana terma dan syarat pertandingan serta membuat apa-apa keputusan yang difikirkan wajar dan munasabah pada bila-bila masa.
Setiap penyertaan akan dinilai oleh panel juri yang dilantik.
Video akan dinilai dari aspek berikut:
Ketepatan Mesej Yang Disampaikan
Kreativiti (Suntingan, Sinematografi, Penyampaian)
Keunikan (Idea & Originality)
Panel juri berhak untuk membatalkan penyertaan peserta sekiranya didapati tidak mematuhi terma dan syarat yang dinyatakan.
Keputusan juri adalah muktamad.
TEMPOH PERTANDINGAN
Tarikh/ tempoh penyertaan: 15 - 30 Mei 2026
Tarikh tutup penyertaan: 30 Mei 2026 (11:59 malam)
Tarikh keputusan diumumkan: 30 Julai 2026 (rujuk media sosial rasmi 'Tolak Ubat Tidak Sah' dan 'Penguatkuasaan Farmasi')
KAEDAH PENYERTAAN
Peserta ‘Follow’ Laman Tiktok Penguatkuasaan Farmasi ‘penguatkuasaanfarmasi’ dan Facebook 'Tolak Ubat Tidak Sah'.
Peserta mengisi borang penyertaan di laman web https://www.tobats.info/tiktoktobats/kategori-b/borang-penyertaan-kategori-b
Peserta WAJIB mendaftar menggunakan e-mel @moh.gov.my.
Peserta memuatnaik video yang dihasilkan ke dalam pautan folder Google Drive yang disediakan di borang penyertaan.
HADIAH PERTANDINGAN
Kategori B : Warga Penguatkuasaan Farmasi
Hadiah Pertama: Voucher Bernilai RM800
Hadiah Kedua: Voucher Bernilai RM500
Hadiah Ketiga: Voucher Bernilai RM300
Saguhati: Voucher Bernilai RM150 bagi 5 pemenang
Pilihan Juri: Voucher Bernilai RM200
Dah baca syarat-syarat pertandingan dengan teliti?
Setuju dengan segala TERMA & SYARAT PERTANDINGAN yang kami tetapkan?
🔥 Tak sabar nak tunjuk bakat dan hasilkan video paling epik? 🚀
Klik "YA" sekarang untuk ke Borang Penyertaan Pertandingan dan rebutlah peluang untuk menjadi JUARA! 🏆🎉