KATEGORI C : EICON DAN WARGA PENGUATKUASAAN FARMASI
TERMA DAN SYARAT
PERTANDINGAN TIKTOK TOLAK UBAT TIDAK SAH (TOBATS)
KATEGORI C : EICON & WARGA PENGUATKUASA FARMASI
PERATURAN PERTANDINGAN
A. SYARAT-SYARAT UMUM
Pertandingan ini terbuka kepada:
Semua Eicon Penguatkuasaan Farmasi – penyertaan adalah wajib;
Semua pegawai penguatkuasaan farmasi di Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (BPF) dan Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) Negeri.
Penyertaan adalah secara individu atau berkumpulan.
Setiap peserta boleh menghantar lebih dari satu (1) video, tetapi hanya layak memenangi satu (1) hadiah sahaja.
Video yang dihasilkan adalah berdurasi antara 90 hingga 120 saat dan dalam resolusi 1080p.
Video yang dihasilkan mestilah karya asli peserta.
Video yang dihasilkan tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif berkaitan 3R (race,religion,royalty), politik, keganasan dan sebagainya.
Peserta diingatkan untuk membawa mesej positif dan menjaga tata susila dan kelakuan dalam video yang dihasilkan demi menjaga nama baik perkhidmatan.
Semua video yang dihantar untuk pertandingan akan menjadi hak milik BPF. Peserta tidak memiliki sebarang hak atau tuntutan terhadap video yang telah dihantar untuk penyertaan.
Dengan menyertai pertandingan ini, peserta dianggap bersetuju untuk memberikan hak cipta video kepada BPF serta membenarkan BPF untuk mengubahsuai, menggunakan semula, menyiarkan atau menerbit video dalam apa jua bentuk media atau medium sama ada dalam atau luar negara bagi tujuan penerbitan, pemasaran, promosi, komersial dan sebagainya, tanpa sebarang notis atau pembayaran/royalti kepada peserta.
Dengan menyertai pertandingan ini, peserta secara automatik mengakui dan membuat representasi bahawa setiap elemen dalam video yang dihasilkan tidak melanggar hak cipta (misalnya menggunakan muzik, video, atau gambar tanpa izin) ataupun harta intelek mana-mana pihak ketiga dan/ atau undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia. Penganjur tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan sekiranya peserta didapati melakukan kesalahan plagiat atau melanggar hak cipta mana-mana pihak ketiga/ undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia.
Penganjur mempunyai kuasa mutlak dan berhak untuk meminda mana-mana terma dan syarat pertandingan serta membuat apa-apa keputusan yang difikirkan wajar dan munasabah pada bila-bila masa.
Penyertaan peserta boleh dibatalkan sekiranya didapati melanggar terma dan syarat pertandingan yang dinyatakan.
Keputusan panel juri adalah muktamad.
B. PENCERITAAN/KANDUNGAN VIDEO
Video yang dihasilkan adalah bebas untuk mengikuti apa-apa genre yang bersesuaian namun mestilah berkaitan dengan:
Aktiviti-aktiviti penguatkuasaan farmasi yang boleh disebarkan untuk tontonan umum; atau
Kempen kesedaran yang dijalankan.
Setiap video yang dihantar akan dinilai dalam aspek-aspek berikut:
Penceritaan;
Ketepatan mesej yang disampaikan;
Kreativiti (Suntingan, Sinematografi, Penyampaian)
Keunikan (Idea & keaslian)
C. PEMILIHAN PEMENANG
Setiap penyertaan akan dinilai oleh panel juri yang dilantik.
Pemenang video terbaik akan ditentukan berdasarkan video yang mendapat markah tertinggi daripada panel juri.
Hadiah khusus juga akan diberikan kepada Cawangan/ CPF Negeri terbaik.
Pemenang bagi kategori Cawangan/ Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Negeri terbaik akan ditentukan berdasarkan kriteria berikut:
Bilangan video yang dihantar (mengikut nisbah bilangan video/ bilangan pegawai keseluruhan)
Kepelbagaian mesej atau kandungan video yang dihantar;
Keputusan dalam pemilihan video terbaik
Komitmen/penglibatan pengurusan atasan (Ketua Cawangan/ Ketua Seksyen)
Lain-lain kriteria khusus yang ditentukan oleh Penganjur
D. TEMPOH PERTANDINGAN
Tempoh penyertaan: adalah dari 2 – 16 Disember 2024.
Tarikh tutup penyertaan: adalah pada 16 Disember 2024 jam 11:59 malam.
E. KAEDAH PENYERTAAN
Peserta ‘Follow’ laman Tiktok Scan Dulu Baru Beli ‘sdbb_official’.
Peserta mengisi borang penyertaan di laman web https://www.tobats.info atau https://pharmacy.moh.gov.my/tobats/ menggunakan e-mel rasmi KKM.
Peserta memuatnaik video yang dihasilkan ke dalam Pautan Google Drive yang disediakan.
Peserta TIDAK PERLU memuatnaik video berkenaan ke mana-mana akaun Tiktok.
Dah baca syarat-syarat pertandingan dengan teliti?
Setuju dengan segala TERMA & SYARAT PERTANDINGAN yang kami tetapkan?
🔥 Tak sabar nak tunjuk bakat dan hasilkan video paling epik? 🚀
Klik "YA" sekarang untuk ke Borang Penyertaan Pertandingan dan rebutlah peluang untuk menjadi JUARA! 🏆🎉